Perihal Baset perang Bretagne

Penampilan

Baset perang Bretagne ialah anjing pemburu agak kecil, dengan tubuh seperti anjing pemburu baset, tetapi lebih ringan di sepanjang badan dan bertungkai lebih panjang. Lapis bulu dawainya sangat kasar kepada sentuhan, padat, dan merah gandum atau perang kekuning-kuningan. Ia berukuran setinggi 32–38 cm (13–15 in) dan seberat 36–40 lb (16–18 kg) tetapi oleh sebab amalan berkontroversi terdahulu, iaitu pendaftaran perinduk-perinduk bercampur deripada grifon perang dan baset perang, kadang-kadang perinduk baset menghasilkan anjing dengan tungkai panjang. Ia mempunyai bulu kasar dan padat yang mungkin perlu dilurutkan. Walaupun lapis bulunya menangkis kotoran tanah dan tidak mudah kusut, ia masih perlu disikat dan diberus seminggu sekali.[1] Bulunya di telinga adalah lebih pendek, lebih halus, dan lebih gelpas daripada yang di lapis bulu. Telinganya mencapai hujung hidung dan tidak pula terheret di tanah dan patut dilisu. Ia patut mempunyai mata dan hidung gelap dan sebaiknya tidak ada bengkok di tungkai hadapan. Piawaian Perancis menyatakan bahawa anjing ini merupakan baka baset dengan belakang terpendek. Maka, penampilannya pada amnya tidak begitu memanjang seperti baset British.